Skip to main content

Hargai Keluarga sementara masih ada masa. 26/12/17

Tahun 2017 hampir melabuhkan tirainya. Ye, 2017 ini memang banyak perkara yang terjadi didalam hidup aku. yang kebanyakkannya aku tidak dapatkan nak luahkan dari diri ni. Aku sememangna suka menulis, meluah dan menzahirkan apa yang ada didalam hatiku. tetapi aku rasa apabila aku menulis sesuatu akan ada orang judge aku dan cakap jalan tulis itu, jangan tulis ini. Stress wei.. Aku takut bila tulisan aku akan menyakitkan hati pihak lain, apabila aku bertutur secara terbuka.


Antara perkara hebat yang terjadi tahun 2017 adalah aku berjaya dapat sale mencecah RM100k. Yang sememangnya aku tak sangka kan lansung
Selain itu, perkara lain yang terjadi adalah, apabila kompany aku hampir ditipu oleh scammer Mia Zahra, Ye mungkin ada dalam kalangan korang pernah baca ini difb aku atau di fb orang lain. Yang apa mulanya aku ingat dia ni ok orang nya. tapi lama kelamaan, Allah bukak satu-satu penipuan dia kepada aku dan orang sekeliling. Bukan aku yang kena tipu, tetapi orang yang membeli dibawah dia yang banyak ditipu, dan akhirnya Mia menuduh pihak kami yang tidak membuat produk dan memberi produk yang teruk kepada pelanggan. huhu. Dugaan masa itu hanya Allah je tahu. bertapa stressnya aku.
Selain itu, aku juga diuji dengan kerenah manusia yang tak dek untung. Tapi bukan aku yang deal dengan orang macam ni, tapi suamiku.. aku hanya mendengar sahaja tapi bagi aku orang macam ni, kita tak perlu nak harapkan apa-apa balasan daripadanya. Kita hanya perlu berkayuh buat kerja sendiri dan biarkan dia dengan hatinya yang busuk tu.. Dan akhirnya, husband aku terus mengambil keputusan untuk terus keluar dari kelompok orang sedemikian dan kami akan mula beroperasi ditempat sendiri tanpa gangguan orang luar.
Korang mungkin tak faham apa yang aku ceritakan ini, sebab bagi aku, orang yang hatinya busuk memang tak akan senang bila tengok orang lain senang. itu yang kami kena hadap, sebabkan order masuk banyak, orang melayu ni pantang lihat orang melayu lain lebih sikit dari dia.. hahahah. adoi.. sebab tu aku, bila orang tanya bangsa apa, aku akan cakap Melanau Melayu.. macam segan pulak nak mengaku bila perangai melayu tu sendiri tak boleh nak ubah..
Bagi aku senang je, kalau tak suka, jangan cakap. nak bergaduh tak guna..
Haa, haritu aku tanya suamiku,, apa yang aku bagi dia tahun 2017 ni? Dia pun jawab, tahun ni syg bagi b baju, seluar dan ape lagi ea.. dah lupa dah.. dan aku tanya dia lagi, apa yang engkau bagi aku tahun ni? dia cakap, errrr, apa ya? huhu.. ko tengok! lelaki.. aku nak marah pun tak boleh. sebab aku rasa laki aku da bekerja lebih masa untuk aku. walaupun tidak dizahirkan dengan hadiah atau present. cuma satu je yang aku minta adalah sebentuk cincin di jariku.. itu sahaja.
plus, tahun ni, banyak kucing yang aku pelihara mati akibat virus. aku kehilangan 6 ekor dalam masa 2 minggu.. huhu. sadis. makin rasa tertekan nya hidup bila sibulus aku mati semasa peperangan di FB 3 bulan lepas.
Selain itu, aku dikejutkan dengan pemergian suami Kak Diya. Ya Rabbi, itu yang membuatkan aku gerun. aku tak dapat bayangkan dia sebagai ibu tunggal yang kena manyara anak-anak kecil lagi. huhuhu. aku sangat2 sedih dengan berita itu dan baru-baru ini aku dikejutkan lagi dengan berita penyakit yang dihidapi kazen kesayangan aku. Ya Allah! aku terkedu bila dapat berita ini daripada mama tentang deknor. dia mempunya masalah dengan sel darah merah dan mempunya cancer di serata badannya. details penyakit yang dihidapi nya aku tak sure, tapi apa yang membuatkan aku sedih adalah dia sangat-sangat muda.. dan anak masih lagi kecik. seorang 3 tahun seorang 1 tahun. dan usia perkahwinan dia, sama dengan kiteorg. huuh.. ya Allah, aku harap Allah panjangkan umur deknor untuk bersama-sama membesarkan anak dia.
Bila bercakap tentang perkahwinan, aku rasakan perkahwinan kami sangat hambar. aku nakkan cahaya mata. aku nakkan kebahagiaan dan aku nakkan kesenangan. tapi apa yang aku sangat syukuri adalah bila lihat diri kami masih lagi bernyawa, tanpa rasa sakit di badan sudah membuatkan aku sedar bahawa aku sangat-sangat bertuah, masih lagi dikurniakan tempat berteduh, walaupun ini bukan tempat kami.masih lagi punya wang untuk makan nasi dan masih lagi mempunya tubuh badan yang sihat untuk bekerja.
Tapi itulah lumrah manusia bukan, ada kalanya aku sedih dan marah apabila rasa diri diabaikan. jadi aku harap lelaki sebusy mana dia bekerja, adakan juga masa untuk keluarga agar tidak ada hati yang sakit.
Hargai keluarga sementara masih ada masa.

Comments